
Pada Sabtu yang lalu bersamaan 23 Jun 2012, Panitia Bahasa Melayu sekolah SK Dato' Onn Jaafar telah menghantar tujuh orang peserta ke Karnival Bahasa Melayu Zon Simpang Renggam bertempat di SK LKTP Layang-Layang, Kluang.
Pada pertandingan tersebut, tiga peserta sekolah SK Dato' Onn Jaafar telah merangkul Johan dalam acara Pidato, Sajak dan Mengarang. Manakala dua peserta lagi mendapat naib johan masing-masing dalam acara Syair dan Bercerita Tahap 2. Sementara itu, bagi acara Bercerita Tahap 1 peserta sekolah ini telah mendapat tempat ketiga dan bagi acara Mengarang Tahap 2 peserta sekolah ini tekah memperolehi tempat kelima.
Sebagai tanda menghargai jasa dan usaha peserta-peserta tersebut, pihak sekolah amat berbesar hati menyampaikan sijil dan piala pertandingan tersebut di majlis perhimpunan sekolah pada pagi tadi. hadiah tersebut telah disampaikan oleh Puan Hjh. Endon Binti Arifin, Guru Besar SK Dato' Onn Jaafar, Simpang Renggam.
Berikut adalah tujuh orang peserta sekolah ini dan pencapaian mereka dalam Karnival Bahasa Melayu Zon Simpang Renggam :
Gambar peserta yang terlibat kecuali adik Nur Amirah Binti Supani dari Kelas 2 Intan kerana beliau bersekolah sesi petang
Muhd. Hadif Haiman Bin Madzian Dari Kelas 6 Intan : Johan Pertandingan Pidato
Nursyamimi Izzati Binti Suhaimi Dari kelas 4 Intan : Johan Pertandingan Sajak
Nur Khaleeda Binti Abd. Razak Dari Kelas 6 Intan : Johan Pertandingan Mengarang
Nur Amirah Binti Supani Dari Kelas 2 Intan : Naib Johan Pertandingan Syair
Nur Adriana Binti Azman Dari Kelas 6 Intan : Naib Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2
Nur Zulaikha Bt. Md. Rizal Dari Kelas 3 Intan : Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita Tahap 1
Norhidayah Binti Mohd. Noor Dari Kelas 6 Intan : Tempat Kelima Pertandingan Mengarang
Walau bagaimanapu, tahniah diucapkan kepada peserta-peserta sekolah SK Dato' Onn Jaafar yang berani menampilkan diri untuk mewakili sekolah dalam acara tersebut. Bagi yang tidak berjaya jadikan ini sebagai panduan dan pengalaman yang berguna untuk terus mencuba pada tahun-tahun yang akan datang.