
Jumaat 28 Disember 2013, Pada hari ini telah berlangsung Hari Jualan Buku bagi sekolah SK Dato' Onn Jaafar. Acara ini telah berlangsung bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
Telah Dikemaskini pada Sabtu, 26 Januari 2013 21:54
Hit: 336
Jumaat, 22 Jun - Pada hari ini telah berlangsung hari terbuka sekolah SK Dato' Onn Jaafar atau lebih disinonim dengan nama Hari Anaku Sayang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Hari terbuka ini merupakan acara tahunan sekolah bagi memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga untuk berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka. Di sini ibu bapa atau penjaga boleh bertanya soalan berkaitan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Di samping itu juga, pihak guru akan menyerahkan salinan keputusan Peperiksaan Setengah Tahun kepada pihak ibu bapa untuk diteliti dan dianalisa. Diharap program seperti ini akan dapat memberi impak yang baik kepada peningkatan prestasi murid-murid sekolah ini.
Telah Dikemaskini pada Jumaat, 29 Jun 2012 10:35
Hit: 775
Dari Kiri : GPK 1, Wakil PIBG, dua orang wakil Ahli Parlimen Simpang Renggam dan disaksikan oleh Pegawai PPD Kluang
Selasa, 19 Jun - Berita baik kepada seluruh warga sekolah SK Dato' Onn Jaafar, Simpang Renggam. Satu rombongan wakil Y.B En. Liang Teck Meng, Ahli Parlimen Simpang Renggam telah sudi memberi sumbangan berupa wang berjumlah RM 5000.00.
Kunjungan mesra tersebut adalah inisiatif pihak Y.B En. Liang Teck Meng dan wakilnya bagi memberi suntikan kewangan kepada pihak sekolah ini dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah terutamanya dalam membantu menaiktaraf kemudahan dan lanskap sekolah.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh En. Maidin Bin P.Kutty, Guru Penolong Kanan 1 dan beberapa orang wakil PIBG sekolah SK Dato' Onn Jaafar. Dalam pada itu, Puan Hjh. Endon Binti Arifin, Guru Besar sekolah ini tidak dapat bersama pada perjumpaan tersebut kerana terpaksa menghadiri urusan rasmi yang lain di Kluang.
Penyerahan sumbangan tersebut telah diterima oleh wakil PIBG sekolah ini dan disaksikan oleh Guru Penolong Kanan dan beberapa orang pegawai PPD Kluang.
Telah Dikemaskini pada Rabu, 20 Jun 2012 12:58
Hit: 830
Sabtu, 28 Mei 2012 - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan di Bilik Mesuarat 1, SK Dato' Onn Jaafar. Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Noorhafizam, Guru Pendidikan Islam sekolah ini. Seterusnya majlis tersebut diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Puan Hjh. Endon Binti Arifin Guru Besar SK Dato' Onn Jaafar. Dalam ucapan tersebut, beliau telah memberi beberapa maklumat penting berkaitan program "Pengarah JPNJ Turun Padang" yang akan berlangsung pada 23 Mei 2012 akan datang.
Telah Dikemaskini pada Sabtu, 28 April 2012 12:41
Hit: 997